MASIH ADAKAH HARI ESOK BUAT UMNO?




MASIH ADAKAH HARI ESOK BUAT UMNO?

Sambil bersarapan pagi ini, menyelak helaian demi helaian akhbar Sinar Ahad dan BH Ahad. Banyak bahan menarik untuk dibaca dengan penuh penelitian dan ada yang sesuai untuk diberikan ulasan.

Kedua-dua akhbar ada menyentuh tentang UMNO yang saya lihat semakin lama semakin jauh dari hati orang Melayu. Melayu sudah jauh dari UMNO kerana majoriti orang Melayu sudah hilang keyakinan kepada parti ysng kuat didokong oleh keturunan mereka sebelum ini.

UMNO perlu terima hakikat bahawa mereka semakin lemah dan hilang pengaruh. Di bawah kepimpinan DS Zahid menambahkan lagi rasa tidak selesa pengikut untuk kekal bersama UMNO.

Salah satu kesilapan utama UMNO adalah kerana memilih DAP sebagai rakan dalam membentuk kerajaan. DAP sejak sekian lama menyusun strategi dan tindakan untuk memecahbelahkan kuasa politik Melayu di bawah UMNO/BN sehingga mereka akhirnya berjaya menjatuhkan BN pada PRU ke 14.

Ya, PAS juga musuh UMNO sejak sekian lama. Puas PAS dan kepimpinanya ditekan, dihina, dicaci dan dipenjarakan namun PAS meghulurkan tangan persaudaraan ketika UMNO seakan hilang punca bila buat pertama kalinya kehilangan kuasa pemerintahan.

PAS dan UMNO bersatu di bawah Penyatuan Ummah yang akhirnya membawa kepada terbentuknya Muafakat Nasional. Sejarah membuktikan gabungan ini bukan hanya retorik tetapi gerakerjanya membumi dengan pelbagai aktiviti di lapangan.

PAS melihat bahawa kuasa politik umat Melayu Islam perlu diperkasakan demi masa hadapan agama, bangsa dan tanahair. Biarpun sewaktu itu, pImpinan PAN mengambil peluang dengan sebaik-baiknya untuk membantai PAS yang dikatakan telah membuktikan kata-kata mereka sebelum ini bahawa PAS akan bergabung UMNO tetapi PAS tetap sabar menghadapi situasi yang mencengkam ketika itu.

DAP kekal dengan usaha untuk memecahkan kuasa politik orang Melayu dan kini mereka dapat bersama dengan UMNO/BN untuk membentuk kerajaan.

Usaha DAP telah berjaya memecahkan UMNO dan walaupun mereka kini berada dalam gabungan politik yang sama namun jelas bahawa sukar melihat gerakerja dan aktiviti DAP untuk berusaha memperkukuhkan UMNO seperti yang pernah UMNO lalui bersama PAS kerana DAP tiada niat untuk membantu menguatkan kuasa politik UMNO.

Itulah hakikat yang perlu diakui.

Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
10 Disember 2023

Ulasan