Kilang lada hitam perlu 2,000 pekerja
January 27, 2024
KUALA TERENGGANU: Projek Lada Hitam Mc Cormick di Lembah Bidong, Setiu keseluruhan 600 hektar, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim.
Katanya, penanaman fasa demi fasa sedang berjalan.
Menurutnya, pengambilan pekerja juga dibuat secara berperingkat seiring dengan fasa pembangunan.
Tambahnya, sebuah kilang pengering (dryer plant) juga akan dibina.
“Apabila ladang dan kilang beroperasi sepenuhnya, lebih 2,000 orang pekerja tetap dan sementara diperlukan,” ujarnya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.
Beliau berkata, ramai pekerja diperlukan bagi kerja-kerja penuaian kerana proses menuai dilakukan secara manual menggunakan tenaga manusia.
Jelasnya, sireh dan lada hitam dari spesies tumbuhan yang hampir sama.
Beliau turut menunjukkan pokok lada hitam berumur sebulan lebih menerusi foto yang dimuatnaik. (Foto atas)
Katanya, ia mula berbuah ketika umur tiga tahun dan kemuncak hasil pada umur lapan tahun.
Tambahnya lagi, usia pokok boleh mencecah sehingga 30 tahun. – HARAKAHDAILY 27/1/2024
Ulasan
Catat Ulasan