NASI DAH JADI BUBUR : MOHON MAAF TAK MENCUKUPI



NASI DAH JADI BUBUR : MOHON MAAF TAK MENCUKUPI

Semalam, bila ada persoalan yang timbul dalam medsos dan whatsapp group tentang konsert malam Nisfu Sya'aban di Kedah, saya memang yakin konsert tersebut mesti tak ada permit, tak ada kelulusan.

Mana mungkin kerajaan Kedah boleh sewenang-wenangnya nak beri permit jika tidak diteliti dengan sebaiknya. Ada enekmen dan peraturan yang perlu dipatuhi, bukan saja suka-suka ikut kehendak masing-masing.

Bila baca kenyataan Exco Kerajaan Kedah ; YB Mejar (B) Mansor pagi ini, barulah rasa lapang nak turunkan komen di FB.

Penganjur dalam permohonan awalnya, tak sebutpun nak adakan konsert tapi nak buat expo jualan. Elok dah tu, bagus kalau nak bagi peluang orang berniaga tapi kena jujur bila nak mohon permit. Jangan ada agenda terselindung yang akhirnya menjatuhkan nama baik kerajaan negeri Kedah.

Apapun, bak kata pepatah, Nasi Sudah Jadi Bubur, perkara dah berlaku. Bagi saya mohon maaf tidak mencukupi. Terpulang kepada penguatkuasa untuk mengambil tindakan yang lebih tegas.

Saya baru dimaklumkan oleh YB Mejar (B) Mansor bahawa program ini diarah dihentikan juga semalam walaupun malam akhir hanya cabutan bertuah. Tahniah di atas ketegasan YB kita.

KFAK

Ulasan