PANTUN HARI RAYA KEDUA - KFAK


PANTUN HARI RAYA KEDUA

Bulan Syawal bulan di nanti,
Bulan kita ziarah-menziarahi;
Eratkan ukhuwwah eratkan hati,
Salah dan silap mohon dimaafi.

Terasa renggang bila berjauhan,
Mana yang jauh kita dekatkan;
Ambillah peluang jangan dibiarkan,
Semoga kemesraan dapat ditingkatkan.

Hidup di dunia tidaklah lama,
Akan tiba masa kembali ke sana;
Lantas mohonlah keampunan dariNya,
Agar selamat kita selamanya.

Sehebat manapun diri kita,
Akan tiba masa ujian tiba;
Ingatlah Allah yang Maha Berkuasa,
Dialah yang menentukan segala-galanya.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
2 Syawal 1445H
Sebatu, Melaka Bumi Bersejarah

Ulasan