PANTUN HARI RAYA PERTAMA - KFAK




PANTUN RAYA PERTAMA
Wajah² selepas letih beraya hari Pertama...

Memanglah letih bila beraya,
Ke sana ke sini bertemu saudara;
Kunjung mengunjung amalan mulia,
Erat persaudaraan kekal sentiasa.

Utamakan dahulu saudara terdekat,
Jalinan kasih dibaja dan disemat;
Agar ukhuwwah semakin erat,
Semoga hidup dilimpahi berkat.

Jangan lupa rakan dan taulan,
Pulang beraya di kampung halaman;
Mungkin dah lama tak berhubungan,
Eloklah sangat ambil kesempatan.

Esok kita beraya lagi,
Jaga makan dan jaga diri;
Jika berlebih menyesal nanti,
Tak tentu pasal kita kan rugi.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Taman Sri Kluang, Johor
1 Syawal 1445H

Ulasan