Ini bukan soal anti-Semitik – Tun M





Ini bukan soal anti-Semitik – Tun M
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang (duduk, tengah) berucap pada Himpunan 100K Bela Palestin - Solidariti 'Raya Bersama Gaza' di Jalan Tun Razak di sini, hari ini. Turut hadir, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (duduk, dua kiri) dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (duduk, dua kanan). GAMBAR: FARIZ RUSADIO

Oleh AMIRUL AIMAN OSMAN
4 Mei 2024, 6:47 pm

KUALA LUMPUR: “Ini bukan soal anti-Semitik kerana bangsa Yahudi sendiri menentang serangan Israel terhadap Palestin,”

Ini reaksi bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed mengulas isu serangan Israel terhadap Palestin ketika menghadiri Himpunan 100K Bela Palestin berhampiran kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak di sini, hari ini.

“Perbuatan Israel ini disifatkan seperti binatang kerana membunuh anak kecil, wanita dan warga tua. .

“Tindakan mereka itu sangat bebas kerana tidak dihalang oleh mana-mana pihak berkuasa dunia,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur kerana menganjurkan himpunan ini dan berharap agar diteruskan pada masa hadapan.

Seramai lebih 50, 000 peserta hadir menyertai Himpunan 100K Bela Palestin yang berlangsung selama 2 jam yang bermula dari tiga lokasi berbeza iaitu Bukit Bintang, Kuala Lumpur City Center (KLCC) dan Masjid Ibnu Mas’ud.

Dalam pada itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengucapkan syabas kepada Mahathir kerana menjadi pemimpin Islam yang sentiasa lantang bersuara menentang Israel.

Program anjuran Sekretariat Solidariti Palestin turut dihadiri beberapa pemimpin tertinggi PAS, Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Ulasan