Pemergian 3 pemimpin PAS pada 23 Jun




Pemergian 3 pemimpin PAS pada 23 Jun
June 23, 2024

KUALA LUMPUR: “Bukan mudah menjadi penyambung perjuangan dan istiqamah sehingga akhir hayat,” kata Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau menerusi hantaran di Facebooknya mengimbau pemergian tiga pemimpin PAS pada 23 Jun iaitu Dato’ Fadzil Mohd Noor pada 23 Jun 2002, Dato’ Abu Bakar Chik (23 Jun 2014) dan Haji Ahmad Subky Abdul Latif (23 Jun 2020)

Tambahnya, siapa sangka, takdir Allah SWT memanggil mereka pada tarikh yang sama walaupun tahun yang berlainan.

“Banyaknya jasa pada perjuangan yang diketahui ramai, namun pasti masih ada sumbangan mereka yang hanya dalam pengetahuan Allah SWT.

“Kita doakan agar segala amal diterima di sisi-Nya dan berkumpul dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah,” ujarnya yang juga Menteri Besar Terengganu. – HARAKAHDAILY 23/6/2024

Ulasan