Calon PN Nenggiri lafaz baiah secara terbuka


Calon PN Nenggiri lafaz baiah secara terbuka
July 29, 2024

GUA MUSANG: Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Nenggiri Mohd Razwadi Ismail, 41 melafazkan baiah dengan nama Allah di hadapan orang ramai selepas majlis pengumuman calon petang ini.

Pertama kali dalam sejarah majlis baiah diadakan di hadapan orang ramai yang hadir pada majlis tersebut. Sedangkan sebelum ini program itu diadakan secara tertutup membabitkan pimpinan utama.

Rizwadi yang juga bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang menyertai Bersatu pernah bertugas sebagai anggota tentera laut selepas menamatkan pengajian di peringkat SPM.

Beliau berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di stesen Kuantan, kapal KD Pelanduk di Lumut, Sabah dan Markas Laut 2 di Labuan.

Beliau sudah berkeluarga dan mempunyai lima anak aktif bersama masyarakat Gua Musang. Sekarang menetap di Bertam Lama, DUN Nenggiri.

Beliau pernah dilantik sebagai Pengelola Dakwah Halaqat Gua Musang yang bertanggungjawab terhadap 230 pegawai Dakwah Halaqat dan pembantu Dakwah Halaqat.

Timbalan Presiden Bersatu Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, acara lafaz yang dilakukan calon PN merupakan perkara biasa dan bukan perkara pelik.

“Calon yang dipilih merupakan yang terbaik dan menetap di kawasan pilihan raya,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/7/2024

Ulasan