Ziarah Al-Malak erat hubungan di Hari Keluarga PAS


Ziarah Al-Malak erat hubungan di Hari Keluarga PAS
July 28, 2024

BUKIT GANTANG: Program ziarah golongan Al-Malak menjadi antara aktiviti cukup penting sempena Hari Keluarga PAS Pusat 2024 di 30 Unit Daerah Mengundi (UDM) dalam Parlimen Bukit Gantang dan enam UDM dalam Parlimen Kuala Kangsar.


Program melibatkan para pimpinan PAS menziarahi kalangan Al-Malak terdiri daripada bekas Ketua Kampung, bekas Ketua Cawangan PAS dan aktivis parti itu ternyata telah membugarkan semangat ukhuwah dan kasih sayang.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Insan dan Kerukunan Keluarga (LPIKK) PAS Pusat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff sendiri selaku penganjur utama program besar ini turun mengunjungi dan menyantuni seramai 10 rumah kediaman Al-Malak.
1 / 6



Di kesempatan itu program yang dilaksanakan dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Perak ini, beliau bukan sahaja dapat bertanya khabar golongan tersebut, tetapi juga menyampaikan sedikit sumbangan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang ziarah ke atas golongan itu menjadi bukti keperihatinan dan kesungguhan PAS dalam mendekati pelbagai lapisan masyarakat, selain menghargai seperti memanjangkan hubungan telah terjalin.

Kalangan Al-Malak yang diziarahi turut memberi reaksi terharu apabila mendapat tahu pimpinan PAS dari pelbagai peringkat sudi menyantuni mereka, bertanya khabar dan memberi cenderahati sebagai tanda ukhwah.

Ramai juga yang ditemui berharap orang Melayu akan kembali mempertautkan kesatuan bagi menjamin kestabilan politik negara dalam realiti hari ini berlaku banyak perkara menggusarkan mereka.

Mereka juga malah berharap Perikatan Nasional dapat memulihkan keadaan negara terutama daripada sudut ekonomi, pendidikan, keselamatan dan kedaulatan serta masalah sosial.

Turut mengiring beliau, Pengerusi Amalnita Pusat merangkap Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor, Noor Hanim Ismail. – HARAKAHDAILY 28/7/2024

Ulasan