Muktamar DPPM Kali Ke-65 buka tirai malam ini

Muktamar DPPM Kali Ke-65 buka tirai malam ini
September 11, 2024

Tuan Ibrahim (tengah) hadir merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali Ke-65 di Kompleks Al-Makmur, Temerloh, Pahang, pada malam ini, 11 September 2024.

TEMERLOH: Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali Ke-65 membuka tirainya malam ini dalam majlis yang diadakan di Kompleks Al-Makmur, di sini, pada malam ini.

Antara pimpinan yang hadir pada majlis itu ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua DPPM, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden; Timbalan DPPM, Ustaz Mohd Hafez Sabri; Naib Ketua DPPM, Ustaz Muhammad Hanif Jamaludin; dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim dan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Mohamed Sukri Omar.

Dengan pemilihan warna putih, hijau, merah dan hitam sebagai tema muktamar pada kali ini, majlis itu dihadiri kira-kira seramai 1,400 orang daripada para perwakilan seluruh Malaysia dan para pimpinan khususnya daripada DPPM.

Sebahagian darippada perwakilan yang hadir dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali Ke-65.

Majlis itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran daripada pelajar tingkatan lima Maahad Tahfiz Al-Istiqamah, sebelum ucapan aluan daripada Pengarah Muktamar DPMM ke-65, Muhd Khidhir Izaidin.

“Mari kita sama-sama merapatkan kesyukuran kepada-Nya kerana dapat mengadakan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia pada hari ini iaitu Kali ke-65,” katanya ketika memberikan ucapan aluan dalam majlis berkenaan. HARAKAHDAILY 11/9/2024

Ulasan