Mohd Dusuki dilantik Peguam Negara baharu

Mohd Dusuki dilantik Peguam Negara baharu

11 November 2024 03:26pm
Masa membaca: 1 minit



SHAH ALAM - Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada Selasa bagi menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan Mohd Dusuki selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, pelantikan Mohd Dusuki dibuat bagi menggantikan Ahmad Terrirudin yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

"Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, dilahirkan di Machang, Kelantan, kini berusia 57 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta Ijazah Sarjana Undang-Undang dari University of Wollongong, Australia.

"Beliau mempunyai pengalaman yang luas selama 31 tahun dalam perkhidmatan perundangan di Jabatan Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Shamsul Azri menambah, kerajaan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahmad Terrirudin atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan sebagai Peguam Negara.

Terrirudin, 56, dilantik sebagai peguam negara pada 6 September tahun lalu, bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun, yang pelantikan kontraknya berakhir pada 5 September.

Ulasan