Muhyiddin tiba di mahkamah untuk sebutan semula kes menghasut

 

Muhyiddin tiba di mahkamah untuk sebutan semula kes menghasut
Oleh Paya Linda Yahya - November 4, 2024 @ 9:06am
Muhyiddin tiba di Mahkamah Sesyen Gua Musang pagi ini bagi sebutan semula pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut di Felda Perasu, Ogos lalu. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya


GUA MUSANG: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Mahkamah Sesyen, di sini, pagi ini bagi sebutan semula pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut di Felda Perasu, Ogos lalu.

Presiden BERSATU itu tiba jam 8.45 pagi diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan pimpinan parti termasuk Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Armada BERSATU, Muhammad Hilman Idham

Hari ini, bekas Perdana Menteri itu akan menghadapi sebutan semula bagi pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, susulan ceramahnya yang didakwa menyentuh isu raja, agama dan kaum (3R) pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, pada Ogos lalu.

Pada 27 Ogos lalu, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, atas pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut di Felda Perasu, 14 Ogos lalu.


Bekas perdana menteri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Ulasan