Pelajari teknologi AI bagi menjana pendapatan
November 27, 2024
KOTA BHARU: Usahawan di negeri ini diseru menerokai ilmu terkini untuk mencari peluang baru bagi meningkatkan lagi ekonomi mereka.
Antara ilmu terkini ialah dengan menguasai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang semakin berkembang sekarang.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dato’ Zamri Ismail berkata, usahawan diharap tidak ketinggalan dengan teknologi hari ini bagi memperkembangkan lagi perniagaan mereka.
“Walaupun kita berniaga secara kecil-kecilan tetapi dengan mengunaan teknologi seperti AI ini mampu menjana lagi ekonomi dan meluaskan lagi pasaran kita,” katanya sewaktu berucap merasmikan Bengkel Menguasai ChatGPT Siri II, di sini.
Seramai 50 orang terlibat dalam bengkel berkenaan yang diadakan selama dua hari.
Para peserta diberi tunjuk ajar cara menguna dan menguasai Chat-GPT tersebut.
Timb pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pelaburan, Muhammad Faris Kahar.
Tambahnya lagi, PKINK mengadakan bengkel seperti ini agar usahawan di bawah bimbingan anak syarikat kerajaan negeri itu termasuk kakitangan yang terlibat dapat menguasai ilmu AI. – HARAKAHDAILY 27/11/2024
Ulasan
Catat Ulasan