Bincang usaha perkukuh hubungan Malaysia-China

 


Bincang usaha perkukuh hubungan Malaysia-China
December 16, 2024

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melahirkan penghargaan atas pertemuan bersama Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing di Pejabat Kedutaan China di Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata, pertemuan itu membuka ruang perbincangan mengenai usaha memperkukuhkan hubungan sedia ada, meliputi aspek budaya, ekonomi, dan hubungan antarabangsa antara kedua-dua negara.

“Saya amat menghargai kesungguhan Tuan Yang Terutama Ouyang dalam mencari jalan ke arah memperkukuhkan hubungan antara China dan Malaysia, serta ketelitian beliau dalam memahami budaya rumpun Melayu dan dunia Islam secara umumnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu mengharapkan pertemuan itu dapat membawa manfaat ke arah keharmonian dan kerjasama yang lebih erat dalam bidang budaya dan ekonomi antara Malaysia dan China, khususnya di empat buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.


Tuan Guru Abdul Hadi terdahulu menerima kunjungan delegasi Jamaat Islami Bangladesh (BJI) diketuai Presiden BJI, Dr Shafiqur Rahman di Pejabat Yayasan Permata Ummah di Cyberjaya, semalam. – HARAKAHDAILY 16/11/2024

Ulasan