
Hamzah nafi tuduh PM derhaka sorok Titah Adendum
February 6, 2025
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menafikan menuduh Perdana Menteri Datuk Seti Anwar Ibrahim derhaka terhadap institusi diraja berhubung Titah Adendum tahanan rumah Najib Razak.
Beliau sebaliknya menjelaskan hanya memetik pihak yang menyorok Titah Adendum tersebut sebagai derhaka.
“Kalaiu tengok daripada video semula semua saudara tengok balik video itu nak tengok saya tak kata pun saya kata kalau ada apa yang telah pun dia buat diputuskan oleh mahkamah. Kalau ada benar mereka sorok itu adalah satu penderhakaan.
“Jadi siapa yang menderhaka? Mereka yang menyorok jadi mereka yang menyeru itu mungkin satu, mungkin dua, mungkin tiga.
“Kita tak tahu siapa, jadi kerajaanlah kerana yang menerima itu adalah kerajaan. Bukan pembangkang yang terima. Kalau pembangkang yang terima titah diraja itu dan itu dan kita sorok jadi pembangkanglah menderhaka,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. (Foto atas)
Semalam, Kelab Penyokong Kerajaan Madani (BBC) berkata, tuduhan yang dibuat Hamzah dalam Dewan Rakyat itu merupakan ‘tohmahan jahat dan tidak berasas’.
Menurut BBC, Anwar telah menjelaskan titah tersebut tidak pernah diserahkan kepadanya dan bukan bawah tanggungjawabnya sebagai perdana menteri, sebaliknya bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara.
Tambahnya, ‘fitnah’ sedemikian juga boleh merosakkan hubungan antara kerajaan dan institusi diraja. – HARAKAHDAILY 6/2/2025
Ulasan
Catat Ulasan