Kunjung hormat PAS ke Kedutaan Afghanistan di Malaysia
February 6, 2025
Dr Muhammad Khalil (dua dari kiri) mengetuai delegasi PAS mengadakan kunjung hormat ke Kedutaan Afghanistan di Malaysia.
KUALA LUMPUR: Satu kunjung hormat telah diadakan oleh delegasi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, ke Kedutaan Afghanistan di Malaysia, hari ini.
Delegasi PAS disambut mesra oleh ChargĂ© d’Affaires Kedutaan Afghanistan, Naqibullah Ahmadi.
Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak berbincang mengenai pelbagai aspek kerjasama, termasuk bidang politik, pelaburan, pendidikan, dan lain-lain yang berpotensi untuk dimajukan demi kepentingan bersama.
PAS menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat antarabangsa, terutama negara-negara Islam, dalam usaha membina jaringan diplomatik dan memperkasa kerjasama strategik.
Delegasi PAS turut menzahirkan sokongan terhadap kestabilan dan pembangunan Afghanistan serta mengalu-alukan sebarang inisiatif yang dapat membantu memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Afghanistan.
Kedua-dua pihak bersetuju bahawa dialog dan kerjasama yang erat adalah kunci kepada pembangunan yang lebih baik bagi umat Islam di peringkat global.
PAS berharap perbincangan ini akan membuka lebih banyak peluang bagi memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua pihak. – HARAKAHDAILY 6/2/2025
Ulasan
Catat Ulasan