Menteri Besar rakam ucap Hari Polis ke-218



Menteri Besar rakam ucap Hari Polis ke-218
March 27, 2025

KOTA BHARU: Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud merakamkan ucapan Hari Polis ke 218 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sepanjang berkhidmat sebagai anggota kerajaan negeri, beliau dapat melihat dedikasi dan pengorbanan anggota keselamatan itu dalam memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara.

Beliau turut menegaskan kepentingan mengenai hubungan erat antara polis dan masyarakat dijaga, kerana aspek keselamatan bukan digalas anggota keselamatan sahaja, tetapi semua pihak.

“Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga PDRM atas khidmat bakti serta pengorbanan diberikan demi menjaga keamanan dan keselamatan negara.

“Semoga PDRM terus cekal berintegriti, berkhidmat penuh dedikasi demi kesejahteraan rakyat,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Polis ke-218 di sini kelmarin.

Tema bagi Sambutan Hari Polis pada tahun 2025 masih mengekalkan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ terus menjadi asas utama memperkukuhkan hubungan dua hala itu.

Pendekatan strategi ‘Associated & Integrated’ (A.I) turut ditekankan dalam memperluas jalinan kerjasama bukan sahaja agensi kerajaan dan swasta tetapi pemain industri tempatan dam global.

Hari Polis disambut pada setiap 25 Mac memperingati jasa dan pengorbanan anggota Polis yang terdahulu dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan tanah air. – HARAKAHDAILY 27/3/2025

Ulasan