O’Reilly serang Malaysia lagi


O’Reilly serang Malaysia lagi

24 April 2025 11:13pm
Masa membaca: 1 minit

SHAH ALAM - Pengulas konservatif Amerika Syarikat (AS), Bill O’Reilly sekali lagi menyerang Malaysia dengan membandingkan pendapatan per kapita isi rumah antara Malaysia dan negaranya.

O’Reilly berkata, statistik pendapatan per kapita isi rumah Malaysia ialah AS$5,731 (RM25,061) setahun manakala AS mencatatkan AS$42,220 (RM184,628).

"Angka itu menjadikan perbezaan lapan kali ganda.

"Malaysia marah pada saya, ini cerita tidak masuk akal," katanya menerusi aplikasi Tik Tok.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan O'Reilly yang mendakwa Asia Tenggara 'tiada wang', sambil menyifatkan ia sebagai satu pandangan yang angkuh dan jahil.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kenyataan itu bukan sahaja menunjukkan kejahilan O'Reilly terhadap realiti semasa Asia Tenggara, malah turut mencerminkan pemikiran sempit yang dipengaruhi sentimen perkauman dan ideologi penjajah.

O’Reilly turut mengakui bahawa dirinya adalah seorang penjajah.

Ulasan