SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA



SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

1. Begitulah nasib Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad yang tewas di Tambun kepada Shamsul Kamar Ani, bermakna beliau gagal mempertahankan jawaran Ketua cabang Tambun.

2. Isu beliau 'keluarkan dan tunjukkan pistol' dikatakan menjadi salah satu punca beliau tewas. Walaupun beliau telah nafikan tetapi isu ini masih terus berlegar apabila empat orang saksi tampil dengan SD mendakwa mereka adalah saksi mata, melihat sendiri Arafat berbuat sedemikian.

3. Nampaknya isu ini semakin serius, lebih-lebih lagi Arafat adalah wakil rakyat di DUN Hulu Kinta. Sudahlah kalah Ketua Cabang, Ahli PKR di kawasannya sendiri masih terus berusaha untuk membuktikan beliau kalah.

4. Isu ini mestilah ditangani dengan setelusnya oleh pihak PDRM. Bagi saya, jika benar YB Arafat berbuat sedemikian, ia adalah satu tindakan yang wajar diambil tindakan yang semaksimumnya.

5. Nasib beliau kini ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga'.

KFAK

Ulasan