Langgar sensitiviti agama, konsert Erykah dibatalkan - Malaysiakini
------------------
Kerajaan
membatalkan konsert penyanyi Amerika Syarikat Erykah Badu kerana
melanggar garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan
Artis Luar Negara (Puspal) yang ditetapkan.
"Konsert
Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu
menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dalam
Twiter beliau hari ini.
Rais dalam pesanan ringkas itu
bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia ekoran
penampilannya kontroversinya dengan bertatu kalimah Allah di dadanya
yang terdedah.
Badu - yang dikecam kerana bergambar menunjukkan
tatu kalimah Allah dalam bahasa Arab di dadanya yang terdedah, di
samping beberapa huruf bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid -
sepatutnya mengadakan persembahan di Kuala Lumpur malam esok
Pembatalan
konsert "Ratu Neo-Soul" itu dipercayai ekoran bantahan keras Mufti
Perlis Dr Juanda Jaya, kumpulan pendesak Melayu PERKASA dan Pemuda PAS
hari ini.
Malah, dewan itu dalam menghantar satu memorandum
kepada pejabat Rais pagi ini menyatakan kemusykilan mereka terhadap
kebenaran mengadakan persembahan yang diberikan pada awal.
"Apa
yang dikesali, dengan latar belakang penyanyi ini sebagai penganut agama
Islam, beliau cuba menonjolkan identiti beliau dengan penampilan itu.
"Namun
demikian, penampilan yang ditonjolkan secara jelas telah melanggar
syariat Islam, bahkan dianggap sebagai menghina agama Islam," memorandum
daripada Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil itu dipetik.
Ulasan
Catat Ulasan