Peluk Anjing : Penyanyi Adira Mohon Maaf



KEMASKINI
Salam perjuangan,

Saya tidak berapa kenal dengan penyanyi yang bernama Adira AF8 tetapi kontroversi yang diciptanya dengan tersiarnya gambar Adira memeluk seekor anjing telah menimbulkan kontroversi. [Saya baru diberitahu Adira adalah salah seorang penyanyi yang menyanyikan lagu Ombak Rindu]

Saya petik jawapan Adira mengapa beliau memeluk anjing tersebut yang dimiliki oleh ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah yang saya baca daripada laman sesawang mstar online.

 “Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu. 

“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,” katanya.

Adira menambah lagi,

“Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu.

“Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,” katanya dalam nada kesal.

Simpati saya kepada Adira yang sedar dalam keadaan tidak sedar ataupun mungkin sebaliknya. KEMASKINI: Adira mungkin tidak terasa apa-apa tak kala memeluk anjing tersebut tetapi ia jelas tetap haram hukumnya. [Saya dihubungi oleh beberapa teman untuk membetulkan pernyataan ini. Berkenaan dengan isu menyentuh,memegang,merawat,memeluk babi dan anjing yang diketegorikan sebagai najis Mughollazoh iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh orang ramai. Haram berkaitan babi dan anjing ialah memakannya bukan menyentuhnya]

 Jawapan Adira juga sudah cukup membayangkan betapa celarunya Adira dalam perkara ini. Pada masa akan datang Adira elakkanlah daripada berbuat perkara yang sama. Arnab jenis Angola mungkin sesuai untuk orang seperti Adira.

Sama-sama kita bantu Adira dalam hal ini, menghentam tindakan beliau tidak banyak membantu beliau untuk kenal Islam dengan lebih dekat.

 Wassalam.

Tambahan : Keluarga saya pernah membela seekor anjing yang diberi nama Lessie jika tidak silap saya. Lessie menjadi 'pengawal keselamatan' kerana kedudukan rumah pada ketika itu jauh di perdalaman.

Ulasan

  1. Assalam....

    Ramai yang mengulas berkaitan dengan pengang haiwan mughalazah... memang jelas haram tetapi itu antara pelaku dengan Allah.

    Bagaimana pula dengan haramnya membuka aurat? Dosa pelaku dengan Allah malah mengheret muslim yang lain berdosa sama oleh kerana melihat auratnya...

    Mungkin maksiat membuka aurat dah sangat terbiasa dan menjadi adat atu trend tetapi bukan perlakuan memegang anjing atau babi...

    Apapun kepekaan kita dengan tidak redha terhadap sebarang bentuk maksiat adalah terpuji...

    BalasPadam
  2. "Ramai yang mengulas berkaitan dengan pengang haiwan mughalazah... memang jelas haram tetapi itu antara pelaku dengan Allah."

    1. Mengikut al-Quran tiada larangan memelihara anjing

    2. Mengikut Mazhab Shafie (mazhab majoriti Muslim Malaysia), anjing dianggap sebagai Najis Berat di mana kalau terkena najis / air liur anjing harus dicuci 7 kali dengan air dan sekali dengan air bercampur tanah. Tidak ada larangan menyentuh anjing.

    3. Dalam Mazhab Shafie, hukumnya adalah harus jika memelihara anjing bagi tujuan buruan, keselamatan tetapi tidak boleh jika untuk tujuan suka-suka atau haiwan kesayangan. Ini selari dengan Hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : "Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot" (Riwayat Bukhari & Muslim)

    BalasPadam
  3. Saudara yakin seyakin yakin nya bahwa bersentuh dengan anjing adalah haram????????....
    Sebaiknya2 saudara menyemak dulu sebelum membuat penyataan sedemikian....
    tahukah anjing itu mempunyai sifat2 wali allah yang manusia biasa seprti kita ni jauh sekali hendak berharap utk mendapat ciri2 kewalian sebegitu????

    BalasPadam

Catat Ulasan