Salam perjuangan,
Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang telah mengiakan politik perkauman, politik menakut-nakutkan dan kebencian agama dalam debat di antara beliau dengan Setiausaha Agong DAP, YAB Lim Guan Eng.
Saya mengikuti debat tersebut melalui lintas langsung yang disiarkan oleh laman web Malaysiakini yang memberikan peluang kepada massa untuk mengikuti debat tersebut dengan baik.
Dr Chua dalam debat tersebut mengekalkan sikapnya yang gemar menanamkan politik perkauman dan kebencian terhadap agama seperti mana yang pernah didedahkan sebelum ini.
Dr Chua gemar menyerang PAS sebab dasar Islam yang PAS ingin terapkan di Malaysia sehingga calon PAS Dun Tenang memakai sarung tangan dijadikan oleh Dr Chua dan MCA.
Sedangkan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang lebih banyak bercakap soal integriti dalam pemerintahan dan keadilan untuk semua.
Saya percaya, debat ini akan lebih menjauhkan masyarakat Cina daripada BN yang semakin karam ketika ini.
Wassalam
=====================================
Dewan gamat apabila 'gergasi' MCA, DAP bersemuka - Malaysiakini
Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang telah mengiakan politik perkauman, politik menakut-nakutkan dan kebencian agama dalam debat di antara beliau dengan Setiausaha Agong DAP, YAB Lim Guan Eng.
Saya mengikuti debat tersebut melalui lintas langsung yang disiarkan oleh laman web Malaysiakini yang memberikan peluang kepada massa untuk mengikuti debat tersebut dengan baik.
Dr Chua dalam debat tersebut mengekalkan sikapnya yang gemar menanamkan politik perkauman dan kebencian terhadap agama seperti mana yang pernah didedahkan sebelum ini.
Dr Chua gemar menyerang PAS sebab dasar Islam yang PAS ingin terapkan di Malaysia sehingga calon PAS Dun Tenang memakai sarung tangan dijadikan oleh Dr Chua dan MCA.
Sedangkan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang lebih banyak bercakap soal integriti dalam pemerintahan dan keadilan untuk semua.
Saya percaya, debat ini akan lebih menjauhkan masyarakat Cina daripada BN yang semakin karam ketika ini.
Wassalam
=====================================
Dewan gamat apabila 'gergasi' MCA, DAP bersemuka - Malaysiakini
Dua
tokoh politik masyarakat Cina bersemuka dalam debat yang disiar secara
langsung dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berdepan dengan
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Tajuk debat tersebut ialah 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?'.
Ketegangan dapat dirasai dalam dewan di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur dengan yang dipenuhi 600 hadirin.
Kira-kira 200 orang yang gagal mendapatkan pas masuk pula mengikutinya melalui skrin besar yang dipasang di luar dewan.
LAPORAN LANGSUNG
4.55PM: Dewan gamat apabila penyokong kedua belah pihak melaungkan nama pedebat masing-masing ketika mereka mengambil tempat di pentas.
5.00pm:
Moderator Tan Ah Chai, ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina
Kuala Lumpur -Selangor, memulakan sesi debat dengan menjelaskan
peraturannya.
Bagi ucapan pembukaan, pedebat masing-masing dibenarkan bercakap
selama lapan minit.
5.02pm: Kedua-dua pedebat menghampiri podium moderator untuk memilih pedebat pertama berucap. Chua akan berucap dahulu.
5.05pm: Selepas 8 Mac, 2008. DAP mengamalkan politik kebencian, kata Chua.
Beliau
menambah DAP telah berubah dan kini bekerjasama dengan PAS, yang mahu
melaksanakan sebuah negara teokratik. Beliau berkata, DAP tidak boleh
menghalang PAS.
"DAP hanya bercakap besar," kata Chua, disambut tepukan gemuruh hadirin dari pihak MCA.
Dia
menyokong hujahnya dengan menyatakan bahawa Kedah mengamalkan
pengasingan gender manakala PAS membantah pawagam di Bangi, Selangor.
5.07pm:
DAP suka memberitahu orang Cina bahawa mengundi pembangkang akan
meningkatkan taraf hidup, sambil menunjuk bagaimana seorang calon DAP
boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang, kata Chua.
Chua berkata
DAP telah memberi harapan palsu kepada orang Cina bahawa keadaan
sedemikian boleh berlaku di negeri-negeri lain juga.
5:10pm: Chua mengatakan bahawa dalam negara berbilang budaya, rakyat Malaysia tidak boleh menyokong PAS kerana agenda negara Islamnya.
"Siapakah sekutu terbesar PAS?" tanya Chua, dan penyokong MCA menjerit serentak "DAP!".
5.12pm: kini tiba giliran Guan Eng.
Beliau
berterima kasih kepada pihak penganjur debat tersebut tetapi berkata
apa yang orang ramai mahu lihat ialah debat antara Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
5.14pm: "Kami dalam Pakatan Rakyat tidak mempergunakan satu sama lain. Yang penting bagi kami ialah bagaimana orang ramai menggunakan kami.
"Kami
tidak menentang orang Melayu. Kami tidak menentang orang Cina. Kami
menentang rasuah," kata Lim, disambut tepukan gemuruh penyokong Pakatan.
5:16pm: "DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat," kata Lim.
Lim
menambah bahawa Pakatan bersedia untuk melakukan apa yang BN enggan
laku, seperti mengisytiharkan aset mereka dan memerangi rasuah.
"Ini adalah apa yang kita panggil sistem dua parti," kata Lim, diikuti tepukan penyokongnya.
5.20pm: Debat masuk pusingan kedua, dengan moderator mengemukakan soalan: Keputusan pilihan raya lalu menunjukkan bahawa masyarakat berpecah kepada dua pemikiran. Bagaimana anda mengatasi masalah ini?
Chua pertama menjawab dengan berkata DAP tidak akan memberi perkhidmatan di kawasan pilihan raya yang tidak dimenanginya.
Malah, pejabat mereka juga akan hilang, kata Chua, dan para penyokongnya enyahut "ya" secara serentak.
Chua menyimpulkan bahawa sistem dua parti adalah slogan politik semata-mata.
5.25pm:
Moderator Tan Ah Chai menerima soalan dari hadirin. Kebanyakan soalan
dilihat datang dari kalangan penyokong MCA tetapi Lim melontarkan
senyuman.
05:28pm: kontroversi kecil meletus
ketika penyokong Pakatan beratur di mikrofon di sebelah tepi dewan
mengadu kepada moderator kerana tidak mengambil soalan dari pihak
mereka.
Moderator meminta Chua menjawab soalan awal yang ditanya oleh penyokong MCA.
5:36pm: Moderator mengumum membenarkan 10 minit lagi untuk menerima soalan dari hadirin.
Sesi seterusnya melibatkan penceramah mengemukakan soalan kepada satu sama lain. Lim bertanya apa yang pandangan MCA apabila
pemimpinnya ditangkap berhubung skandal PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan bukannya pemimpin Umno.
Chua menjawab bahawa Lim mengambil laluan perkauman.
"Dia bertanya mengapa orang Cina ditangkap tetapi tidak orang Melayu?" kata Chua.
Chua
berkata berbeza dari yang lain, MCA tidak akan menggunakan demonstrasi
jalanan untuk membela seseorang kerana ia percaya bahawa sistem
kehakiman adalah adil.
5.40pm: Giliran Chua mengemukakan soalan. Dia ingin tahu sama ada
dasar ekonomi Pakatan boleh membantu Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang berpendapatan tinggi.
Lim berkata, dengan mengambil Pulau Pinang sebagai contoh, ia memastikan bahawa kerajaan negeri buat duit.
Antara lain, Lim berkata, ialah urus tadbir berhemah dan ia mengamalkan sistem tender terbuka.
"Ini telah membolehkan kita buat duit setiap tahun, yang diagihkan kembali kepada rakyat," kata Lim.
Beliau
berkata, jika Malaysia benar-benar boleh menangani rasuah, maka lebih
banyak wang boleh disimpan, dan Pulau Pinang merupakan contoh utamanya.
5.45pm: Pusingan kedua hadirian mengemukakan soalan, termasuk beberapa soalan dari penyokong Pakatan.
Penyokong
Pakatan Rakyat masih tidak berpuas hati kerana kebanyakan soalan datang
dari penyokong MCA yang menyerang Lim dengan pelbagai soalan, berhubung
dasar PAS dan prestasi Pulau Pinang.
5.55pm: Sekarang giliran Chua menjawab soalan dari hadirin dan membuat penggulungan.
Bagaimanapun,
Chua memilih untuk menjawab perkara yang dibangkitkan Lim dalam ucapan
penggulungannya. Lim berkata soalan yang perlu ditanya adalah sama ada
MCA sanggup berdepan dengan Umno, dengan menegaskan bahawa Presiden MCA,
Datuk Ong Tee Keat pernah berkata bahawa MCA ditinggalkan serbuk dari
Umno.
Chua menolak kenyataan yang dibuat oleh Ong itu, dengan menegaskan bahawa dia (Ong) tidak relevan kepada MCA.
"Kami turun dia dalam masa kurang daripada setahun (dia berkuasa),"
kata Chua, disambut tepukan gemuruh penyokong kedua belah pihak.
6.05pm:
Debat tersebut berakhir dengan Chua mengambil inisiatif untuk berjabat
tangan Lim. Apabila debat itu selesai, hadirin sekali lagi berluangkan
nama pedebat masing-masing
Ulasan
Catat Ulasan