Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,
Sebagai anak jati Kluang, saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang baru dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru untuk menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak
perkhidmatannya pada 23 Jun ini.
Sudah tentu tanggung jawab yang akan dipikul oleh Dr Ali nanti bukanlah sesuatu yang mudah dan perlu sentiasa berintegriti dan amanah dalam setiap tindakan.
Namun, saya percaya dengan ilmu dan pengalaman yang luas beliau akan membantu beliau dalam menjalankan amanah ini.
Semoga Allah akan sentiasa bersama beliau.
Wassalam
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
20 Jun 2012, 12.58 tengahari
--------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam
Swasta, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, pada Selasa
diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuat kuasa mulai
24 Jun 2012.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Selasa berkata
beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak
perkhidmatannya pada 23 Jun ini.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Ali, kata kenyataan itu.
Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah
Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental
Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika
Syarikat.
Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5
Januari 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan
Perindustrian.
Beliau mempunyai pengalaman kerja yang sangat luas di Unit Perancang
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Disember 1997 hingga 21 April
2009.
Di jabatan itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen
Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation
& Advancement sebelum menjawat tugas sebagai Ketua Pengarah, UKAS,
JPM pada 22 April 2009.
“Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada YBhg.Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan di atas segala khidmat
bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha
Negara khususnya dalam usaha-usaha mengukuhkan sistem penyampaian
Perkhidmatan Awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi
memastikan agenda pembangunan negara yang dirancang dilaksanakan dengan
jayanya,” kata kenyataan itu. – BERNAMA
Ulasan
Catat Ulasan