Published: Wednesday July 4, 2012 MYT 12:35:00 PM
Updated: Wednesday July 4, 2012 MYT 12:40:07 PM
Updated: Wednesday July 4, 2012 MYT 12:40:07 PM
Bapa Saiful Rayu Fail Petisyen
PETALING JAYA: Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd.
Lazim, 58, pada Rabu merayu pihak Peguam Negara supaya mengemukakan
petisyen rayuan terbaik demi keadilan anaknya.
Selain itu Azlan turut berharap agar petisyen rayuan itu sempat
difailkan oleh barisan pendakwaan dalam masa kurang sepuluh hari lagi
sebelum tempohnya berakhir.
"Apa yang penting adalah agar Peguam Negara mengambil pertimbangan
yang sewajarnya dalam memfailkan petisyen rayuan tersebut dalam jangka
masa yang ditetapkan, yang kini saya percaya tinggal kurang daripada
sepuluh hari sahaja lagi.
"Saya dan keluarga amat yakin dengan kepakaran pihak Peguam Negara
dan barisan pendakwaan dalam mengenal pasti alasan-alasan bagi
menyediakan satu petisyen rayuan yang terbaik," katanya menerusi satu
kenyataan di sini.
Beliau berkata demikian selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada
Selasa mengeluarkan alasan penuh penghakiman kes liwat membabitkan
anaknya dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Alasan Penghakiman tersebut dikeluarkan enam bulan selepas Hakim
Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan
melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful yang
juga bekas pembantu peribadinya.
Pihak pendakwaan mempunyai masa selama sepuluh hari selepas menerima alasan penuh penghakiman kes itu.
Mengulas lanjut Azlan berkata, pihaknya percaya hak anaknya sebagai
seorang warganegara untuk melalui proses rayuan tidak akan dinafikan.
"Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya diadili sehingga ke
peringkat mahkamah yang tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak
dinafikan oleh pihak Peguam Negara," katanya.
Ulasan
Catat Ulasan