Pemuda PAS lawat penempatan sementara Lahad Datu
Harakahdaily, | 27 Mac 2013 |
LAHAD DATU: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) semalam
membuat kunjungan ke kem penempatan sementara penduduk Lahad Datu yang
berdepan pencerobohan pengganas di kawasan mereka sejak sebulan lalu.
Kunjungan
tersebut diketuai ketuanya Nasrudin Hassan bersama Setiausaha Khairul
Faizi Ahmad Kamil dan turut disertai Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang
diketuai Lahirul Latigu.
Rombongan tiba di penempatan sementara di Felda Sahabat petang semalam dan meluangkan masa dengan penduduk dan anggota keselamatan sehingga lewat malam.
Dianggarkan lebih 1450 penduduk masih lagi menetap di empat kem penempatan sementara menunggu suasana kembali pulih seperti sedia kala.
Dalam
kunjungan itu, mereka turut menyampaikan bantuan hasil sumbangan orang
ramai berupa makanan, makanan basah, keperluan belajar kepada anak-anak
dan peti sejuk beku untuk tujuan penyimpanan barang basah.
"Antara keperluan anggota petugas JPA yang mencecah 200 orang satu masa ialah sleeping bag, khemah tidur kapasiti dua orang dan untuk kem penempatan pula ialah bahan makanan basah seperti ikan dan daging.
"Semalam kita dah belikan peti sejuk beku untuk dihantar ke sana sebab ia adalah keperluan mendesak untuk simpan bahan basah," kata Nasrudin.
Rombongan mereka juga turut diberikan taklimat gerakan oleh Kol Abdul Wahab Rahim.
Selesai
menyantuni penduduk dan menyampaikan bantuan, rombongan DPPM juga turut
meninjau kawasan termasuk pertemu dengan anggota keselamatan yang
berkawal di sekitar Lahad Datu.
Selain mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini keadaan di sana, mereka juga turut menyampaikan sumbangan berupa air minuman kepada anggota yang bertugas.
Rombongan tiba di penempatan sementara di Felda Sahabat petang semalam dan meluangkan masa dengan penduduk dan anggota keselamatan sehingga lewat malam.
Dianggarkan lebih 1450 penduduk masih lagi menetap di empat kem penempatan sementara menunggu suasana kembali pulih seperti sedia kala.
"Antara keperluan anggota petugas JPA yang mencecah 200 orang satu masa ialah sleeping bag, khemah tidur kapasiti dua orang dan untuk kem penempatan pula ialah bahan makanan basah seperti ikan dan daging.
"Semalam kita dah belikan peti sejuk beku untuk dihantar ke sana sebab ia adalah keperluan mendesak untuk simpan bahan basah," kata Nasrudin.
Rombongan mereka juga turut diberikan taklimat gerakan oleh Kol Abdul Wahab Rahim.
Selain mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini keadaan di sana, mereka juga turut menyampaikan sumbangan berupa air minuman kepada anggota yang bertugas.
Ulasan
Catat Ulasan