KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
SOLAT HAJAT DAN BERDOA CUACA KEMBALI PULIH MENJELANG HIMPUNAN ESOK
(21 Jun 2013)

Dalam
keadaan cuaca yang berjerebu sekarang, ada kebimbangan mengenai penyakit boleh menyerang
peserta-peserta himpunan. Oleh itu, peserta dinasihatkan mengurangkan aktiviti
luar pada hari ini dan hanya keluar menjelang pagi esok untuk bersama-sama dalam
himpunan tersebut.
Bagi mereka
yang menghidap asma atau masalah pernafasan perlu menyediakan langkah
berhati-hati dan kecemasan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Sebaiknya para peserta membawa penutup hidung atau kain basah disamping membawa
air mineral untuk keperluan. Minum lebih awal air mineral sebanyak mungkin supaya
mengelakkan tubuh kekeringan serta makan secukupnya bagi memberi keperluan tenaga
kepada tubuh sebelum bergerak keluar dari rumah. Bagi umat Islam, banyakkan berdoa
sebelum keluar rumah dengan memohon keselamatan dan kesihatan supaya tubuh
badan mampu menghadapi cuaca jerebu.
KHAIRUL
FAIZI AHMAD KAMIL
Ulasan
Catat Ulasan