Sekumpulan
anggota Pemuda PAS lewat petang ini mengedar risalah kepada peminat
kumpulan rock terkenal Metallica sempena konsert kumpulan itu di Stadium
Merdeka malam ini.
Seramai
17 aktivis Pemuda PAS yang diketuai Setiausaha Dewan itu Khairul Faizi
Ahmad Kamil mengedarkan risalah bagi menimbulkan kesedaran pengunjung
untuk berkongsi simpati terhadap apa yang berlaku di Mesir ketika ini.
Sebanyak 2,000 keping risalah dicetak diedarkan kepada pengunjung yang memasuki stadium tersebut sebelum mereka mengikuti konsert kumpulan lagenda daripada Amerika Syarikat itu.
Risalah tersebut tertulis: "If you can pay RM195 for Metallica, why not share some to help Egyptians?"
"Jika kamu dapat bayar RM195 untuk Metallica, kenapa tidak berkongsi sama membantu rakyat Mesir?"
Di
samping itu risalah itu memaparkan gambar timbunan tengkorak berbentuk
piramid dan sekumpulan pemimpin PAS yang berdoa dengan tulisan "Or At Least Pray For Egypt" (atau sekurang-kurangnya berdoa untuk Mesir) serta seorang pemimpin menangisi kejadian yang menimpa rakyat Mesir.
"Risalah ini sebagai mesej untuk memberitahu kepada mereka (pengunjung) dalam berhibur ada saudara kita di luar sana (ditimpa malang)," kata Khairul Faizi ketika ditemui Malaysiakini di luar perkarangan stadium.
Beliau yakin, langkah mereka mengedar risalah akan memberi kesan sebahagian daripada pengunjung memandangkan mereka juga adalah manusia mempunyai perasaan simpati terhadap rakyat Mesir.
"Mungkin
pada waktu ini, mereka tidak membacanya, tetapi apabila mereka balik,
mereka teringin nak memberi sumbangan," katanya sebelum mengedarkan
risalah tersebut.
Sehubungan itu, risalah tersebut turut mencatatkan nombor akaun Maybank NGO Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) - NGO yang bekerjasama dengan Pemuda PAS - bagi membolehkan pengunjung memberikan sumbangan kepada rakyat Mesir.
Khairul Faizi berkata pengedaran risalah itu berlangsung selama sejam bermula 6.30 petang.
Turut
hadir ialah beberapa exco Pemuda PAS termasuk Mohd Sany Hamzan dan
Kamaruzzaman Mohamad serta beberapa aktivis pemuda Wilayah Persekutuan
dan Selangor.
Tinjauan Malaysiakini mendapati ada pengunjung yang yang membelek-beleknya yang disediakan secara ringkas.
Sebanyak 2,000 keping risalah dicetak diedarkan kepada pengunjung yang memasuki stadium tersebut sebelum mereka mengikuti konsert kumpulan lagenda daripada Amerika Syarikat itu.
Risalah tersebut tertulis: "If you can pay RM195 for Metallica, why not share some to help Egyptians?"
"Jika kamu dapat bayar RM195 untuk Metallica, kenapa tidak berkongsi sama membantu rakyat Mesir?"
"Risalah ini sebagai mesej untuk memberitahu kepada mereka (pengunjung) dalam berhibur ada saudara kita di luar sana (ditimpa malang)," kata Khairul Faizi ketika ditemui Malaysiakini di luar perkarangan stadium.
Beliau yakin, langkah mereka mengedar risalah akan memberi kesan sebahagian daripada pengunjung memandangkan mereka juga adalah manusia mempunyai perasaan simpati terhadap rakyat Mesir.
Sehubungan itu, risalah tersebut turut mencatatkan nombor akaun Maybank NGO Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) - NGO yang bekerjasama dengan Pemuda PAS - bagi membolehkan pengunjung memberikan sumbangan kepada rakyat Mesir.
Khairul Faizi berkata pengedaran risalah itu berlangsung selama sejam bermula 6.30 petang.
Tinjauan Malaysiakini mendapati ada pengunjung yang yang membelek-beleknya yang disediakan secara ringkas.
Ulasan
Catat Ulasan