Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

Sama ada kita sedar atau tidak, di kalangan ibu bapa zaman ini lebih mudah memberikan anak-anak kemudahan gajet untuk membolehkan anak-anak tidak mengganggu urusan ibu bapa atau seumpamanya. Tidak kiralah sama ada gajet tersebut adalah telefon mudah alih, tablet, i-pad atau yang sewaktu dengannya tetapi sebahagian daripada kalangan ibubapa lebih rela anak mereka 'berkawan' dengan gajet-gajet ini daripada membuat kerja-kerja lain.


Kesannya, hilang rasa kasih sayang sesama ahli keluarga dan sesama manusia yang tidak mustahil apabila mereka besar nanti akan memberi kesan negatif kepada kehidupan sosial.
Setiap zaman, kanak-kanak akan membesar dengan suasana pada ketika itu. Zaman kita sudah tentu tidak sama dengan zaman ayah dan ibu kita. Namun begitu, cabaran yang dihadapi oleh anak-anak pada zaman ini perlu diberikan perhatian dengan sebaiknya kerana ia dicorakkan oleh kita sebagai ibu bapa.
Pada pandangan saya, kita sebagai ibubapalah yang bertanggungjawab untuk menentukan sejauh mana keperluan gajet kepada anak-anak kita. Setiap yang diberi perlu ada limitnya. Jika kita salah menguruskannya maka kesannya adalah kepada anak-anak kita.
Biarlah anak-anak kita menangis kerana batasan yang kita berikan daripada kita menangis di kemudian hari akibat daripada kesilapan kita pada hari ini.
Sekian, wassalam
KFAK - 12 Oktober 2016
Rujuk juga ;
http://www.drshimamatsaad.com/2016/08/bahaya-gadjet-kepada-kanak-kanak.html
http://www.ukm.my/wadahict/kanak-kanak-gajet/
Ulasan
Catat Ulasan