Dua individu penting dalam menggerakan usaha supaya Himpunan Penyatuan Ummah dapat dilaksanakan dengan jayanya iaitu Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, kedua-duanya adalah merupakan Setiausaha Agung yang mewakili parti masing-masing.
Selama kira-kira dua bulan Jawatankuasa Sekretariat Himpunan bermesyuarat dan berkerja dalam usaha untuk memastikan HPU dapat dilaksanakan dengan gemilang.
Saya cukup memahami kesungguhan TSAM, saya masih ingat kata-kata yang beliau sebut di dalam mesyuarat Sekretariat bagi menggambarkan hubungan PAS-UMNO sebelum HPU dibentuk.
Justeru saya boleh memahami air mata yang dicurahkan oleh TSAM ketika berlangsungnya HPU adalah bagi menzahirkan apa yang beliau rasakan selama ini.
Begitu juga dengan peranan TSAM di dalam Mesyuarat Muafakat Nasional (MN) yang sangat bersungguh-sungguh supaya MN diperkasa serta berperanan besar untuk memastikan BERSATU diterima di dalam MN.
Semuanya akan kekal dalam catatan sejarah.
Ulasan
Catat Ulasan