Tindakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang menggunakan istilah penculikan, manipulasi, paksaan dan ancaman tanpa bukti dalam kes anak Loh Siew Hong adalah tindakan yang tidak menghormati undang-undang adalah merupakan provokasi yang tidak diperlukan oleh rakyat Malaysia.
Isu ini ibarat pengulangan kepada episod dan skrip terdahulu yang saya tidak perlu rasanya untuk menulis satu persatu. Kita tidak boleh lagi mengamalkan kaedah ‘sweep under the carpet’ dalam suasana dunia semakin laju dengan aliran maklumatnya.
Sebagai sebuah negara yang telah merdeka lebih dari 64 tahun dan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan sewajarnya tidak perlu lagi melalui detik-detik pertikaian yang akan mencetuskan perbalahan di antara kaum dan agama.
Sudah tiba masanya usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan dengan segera. Adakah kita perlu menunggu kes yang sama berulang pada masa hadapan untuk kita mengulangi semula skrip dan tindakan yang sama?
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL – HARAKAHDAILY 24/2/2022
https://harakahdaily.net/index.php/2022/02/24/tiba-masanya-perlembagaan-persekutuan-dipinda/
Ulasan
Catat Ulasan