Siti Zailah berkerusi roda ke parlimen


Siti Zailah berkerusi roda ke parlimen
March 26, 2024

KOTA BHARU: Keadaan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, yang mengalami kemalangan jalan raya dua hari lepas kini semakin pulih.

“Alhamdulillah, keadaan Kak Lah semakin baik, cuma ada lagi sikit kesan hentakan di kaki ketika kemalangan berlaku,” ujarnya ketika dihubungi di sini.

Kelmarin kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Antarabangsa pada kejadian kira-kira 5.08 petang membabitkan pacuan empat Hilux dengan kereta Mazda.

Siti Zailah ketika itu dalam perjalanan ke program berbuka puasa bersama Anak Yatim di Sekolah Tahfiz di Puchong.

Dan hari ini beliau dalam perjalanan pulang ke Kelantan bersama anggota keluarga dari Kuala Lumpur.

Siti Zailah juga berkata, hari ini beliau menghadiri sidang Parlimen dengan berkerusi roda bagi menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Menurutnya juga beliau mendapat kebenaran daripada Ketua Pembangkang Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Whip Parlimen PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk pulang awal memandangkan sesi parlimen akan berakhir esok.

“Walaupun pulang ke Kelantan dan diminta berehat, namun banyak lagi tugasan dan program sedang menunggu di Rantau Panjang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 26/3/2024

Ulasan