Proton mohon maaf, label peta Sabah dan Sarawak bertukar tempat



Proton mohon maaf, label peta Sabah dan Sarawak bertukar tempat

13 Jun 2024 11:21amMasa membaca: 4 minit


SHAH ALAM - Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung kesilapan syarikat itu melabelkan negeri Sabah dan Sarawak di dalam peta.

Proton dalam satu kenyataan berkata, pihaknya amat menyesali kesilapan itu yang mungkin akan menimbulkan perasaan sensitif dalam kalangan masyarakat.


"Proton menjunjung tinggi perpaduan dan kepelbagaian Malaysia. Kami komited untuk menghormati serta meraikan semua negeri secara sama rata.

"Oleh itu, kami memohon maaf atas sebarang salah faham yang berlaku dan menghargai maklum balas daripada orang ramai," katanya pada Khamis.


Sebelum itu, tular di media sosial peta Sabah dan Sarawak bertukar tempat.

Dipercayai, peta Malaysia itu dipaparkan di skrin ketika pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, e.MAS yang dianjurkan oleh Proton.


Tambah kenyataan itu, Proton akan lebih berhati-hati dalam usaha masa depan.

"Kami mengucapkan terima kasih atas pemahaman dan sokongan anda yang berterusan.

Ulasan