Doa Qunut Nazilah iringi penggantungan Wan Fayhsal
July 18, 2024
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jasin, Tuan Guru Zulkifli Ismail bangun membacakan doa Qunut Nazilah sebaik sahaja Dewan Rakyat memutuskan penggantungan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan.
Dalam suasana yang sayu, doa tersebut diaminkan oleh Ahli-ahli Parlimen dan para pegawai pengiring Perikatan Nasional dan yang berada di dalam Dewan Rakyat.
Terdahulu Wan Fayhsal sempat melaungkan “Tan Sri, I will not stop fighting BlackRock!” sebelum mikrofonnya dimatikan Speaker.
Ahli Parlimen Machang itu digantung selama enam bulan mulai hari ini kerana mendedahkan satu maklumat dalaman dalam isu MAHB-GIP-BlackRock.
Usul bagi menggantung beliau diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 110 menyokong, 63 menentang, tiga berkecuali dan 46 tidak mengundi seperti diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Usul dibawa oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang) Datuk Seri Azalina Othman Said sebaik selesai pembentangan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara berkaitan HRD Corp. – HARAKAHDAILY 18/7/2024
Ulasan
Catat Ulasan