‘Mereka’ terkesan fenomena Dr Sam bakal PM
July 18, 2024
KUALA LUMPUR: Setelah hampir 20 video di TikTok Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dipadam tanpa notis, nampaknya pihak ‘mereka’ terkesan dengan fenomena dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dengan naratif beliau sebagai bakal PM.
Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad berkata, pencabulan hak kebebasan bersuara yang dilakukan oleh pihak kerajaan mengakibatkan negara jatuh menjadi tempat ke-34 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia yang mengalahkan negara haram Israel.
Baru-baru ini, video yang dibuang langsung daripada MB Terengganu yang lebih dikenali dengan Dr Sam itu menyentuh isu 3R antaranya ialah ucapan kepada pemain bola sepak Terengganu yang mendapat 1.3 juta penonton, video ‘Aunty Amy Chua’ daripada Ahli Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) pula meraih 5.5 juta tontonan.
Sementara perbahasan Dr Sam di parlimen telah meraih 700,000 tontonan; Acara perasmian Pecah Tanah Hotel di Strawberry Park pula 900,000 tontonan dan kunjungan hormat Duta Qatar sebanyak 300,000 tontonan.
“Video yang dinyatakan hanya berkisar soal negeri dan kerja MB.“”Bukan juga video lama yang diharamkan Fahmi Fadzil.
“Apakah ‘community guidelines‘ yang telah dilanggar?
“Jika lawan, dibisukan. Itulah akibatnya bersuara di bawah rejim Madani,” kata Zurk dalam satu kenyataan media, hari ini
Menurutnya, jumlah tontonan dan populariti Dr Sam juga menjadi ketakutan pihak tertentu tambahan pula ianya disambut baik oleh rakyat dan kebanyakan orang penting dalam negara.
Sementara itu juga, Zurk juga berkongsi dua video daripada Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tentang soalan dan kritikan beliau mengenai isu pembelian Blackrock turut dipadam.
“Apakah kesannya perbincangan dasar Malaysia ini kepada TikTok?
“Tidak mustahil jika ada ‘arahan istimewa’ telah diterima,” katanya.
Hal demikian, tambah beliau telahpun diketahui oleh rakyat bahawa kementerian mana yang mengelola dan berfungsi hari ini.
“Selain itu, kerja mereka juga adalah mengawasi media sosial rakyat termasuk pemimpin pembangkang.
“Buktinya, pihak TikTok akui terima permintaan padam lebih banyak kandungan pada 2023 melalui beberapa berita akhbar sebelum ini,” tegasnya.
Menurut rekod, berikut adalah berita akhbar yang diambil daripada media akhbar yang lain iaitu ‘Menurut Meta, antara Julai 2022 dan Jun 2023, pihaknya mengehadkan akses kepada lebih 3,500 kandungan sebagai tindak balas kepada laporan yang dibuat oleh pengawal selia komunikasi Malaysia dan agensi kerajaan lain’.
Seterusnya, ‘TikTok telah memadamkan, 113 kandungan video provokatif’ dan ‘TikTok padam 325 video atas permohonan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (KMM).
“Maka terbukti, apa yang boleh dibuat terus mengunci mulut rakyat dan mencandu rakyat dengan tipu helah agar mereka kekal berkuasa.
“Keadaan kerajaan hari ini bagai retak menanti belah.
“Hampir semua tindakan kerajaan gagal dan dikritik rakyat serta negara luar,” kata Zurk. – HARAKAHDAILY 18/7/2024
Ulasan
Catat Ulasan