
Bagaimanapun ujarnya, pemerintahan PAS yang teguh istiqamah menjulang Islam berjaya menyentuh hati rakyat untuk melihat hakikat dan perubahan jauh lebih baik dari pentadbiran kerajaan oleh parti-parti politik lain.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula turut menjayakan program seumpama dan memenuhi malam beliau dengan pelbagai aktiviti bersama penduduk setempat di Kampung Pak Darus, di sini.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu keesokannya menyertai kemeriahan pagi selepas solat Subuh berjemaah dengan sarapan pagi bersama penduduk setempat yang rata-rata warga emas di warung kopi di kampung tersebut menikmati pelbagai cucur.
Rata-rata penduduk yang bersama beliau juga tidak melepaskan kesempatan bertanya dan menyuarakan pelbagai isu berkaitan kebajikan rakyat serta perkembangan politik dan kebimbangan terhadap tadbir urus Kerajaan Pusat ketika ini.
Di KUALA KANGSAR, program munajat yang diadakan telah disusuli dengan kempen Solat Subuh Macam Jumaat melibatkan beberapa pimpinan antaranya Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohd Hafez Sabri di Masjid Sayong Lembah, di sini.
Kempen yang semakin menjadi fenomena dalam negara itu menyaksikan ramai penduduk daripada pelbagai peringkat umur hadir menunaikan fardu Subuh berjemaah, seterusnya bersama mengikuti kuliah Subuh di masjid tersebut.
Pensyarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Ustaz Nur Ahmad Wafiy Noor Azri selaku pengkuliah pada Subuh tersebut telah menyampaikan kuliah yang mengupas mengenai sirah perjuangan dakwah Rasulullah SAW.
Ustaz Hafez yang juga ADUN Manjoi turut disertai Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Muhamamd Zulfadli Zainal iaitu juga ADUN Slim selepas itu menyertai sarapan dan bermesra bersama penduduk setempat di situ. – HARAKAHDAILY 28/7/2024
Ulasan
Catat Ulasan