SSM rancang tiga siri perhimpunan `Selamatkan Malaysia 2.0’



SSM rancang tiga siri perhimpunan `Selamatkan Malaysia 2.0’
SIDANG media Sekretariat Selamatkan Malaysia (SSM) di Kuala Lumpur hari ini berkenaan lima tuntutan utama Himpunan Selamatkan Malaysia 2.0.
Oleh NURUL IRDINA SUMALI
17 Julai 2024, 5:15 pm


KUALA LUMPUR: Sekretariat Selamatkan Malaysia (SSM) akan menganjurkan tiga siri perhimpunan aman `Selamatkan Malaysia 2.0’ dengan lima tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusinya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, lima tuntutan tersebut ialah menggesa Anwar meletakkan jawatan, turunkan harga minyak dan kos sara hidup, mengembalikan kebebasan media dan hak bersuara.

“Dua lagi tuntutan lawan rasuah dan salahguna kuasa serta jaminan kedaulatan dan keselamatan negara,” kata beliau pada sidang media Selamatkan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, himpunan aman tersebut akan bermula dengan di Tambun Perak pada 27 Julai bertema Mahkamah Rakyat Hukum Anwar diikuti di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 31 Ogos dengan tema Himpunan Rakyat Mencabut Roh Reformasi Daripada Anwar.

Kata Faisal, kemuncak perhimpunan tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur pada 16 September dengan 100,000 Rakyat Selamatkan Malaysia.

Katanya, SSM turut mengalukan kehadiran Anwar dalam perhimpunan kemuncak Rakyat Selamatkan Malaysia di Kuala Lumpur pada 16 September nanti.- UTUSAN

Ulasan