Protes Dhaka: Bangladesh pulih sebahagian perkhidmatan internet



Protes Dhaka: Bangladesh pulih sebahagian perkhidmatan internet
PENUNJUK perasaan bertempur dengan polis semasa protes di Dhaka, Bangladesh pada 30 Julai lepas.- AGENSI
Oleh Athirah Huda Zalhe
5 Ogos 2024, 5:40 pm

DHAKA: Pihak berkuasa Bangladesh hari ini memulihkan sebahagian perkhidmatan internet di negara itu, tatkala ribuan penunjuk perasaan berkumpul untuk menyertai demonstrasi antikerajaan di Dhaka.

Sebelum ini, perkhidmatan internet di seluruh negara digantung.

Internet jalur lebar kemudiannya dipulihkan, manakala internet mudah alih masih digantung.

Ketua tentera Bangladesh, Waker-uz-Zaman juga dijangka berucap kepada negara dalam terdekat, lapor agensi berita Anadolu.

Bangladesh menyaksikan bantahan baharu di seluruh negara semalam, dengan penunjuk perasaan mendesak Perdana Menteri, Sheikh Hasina untuk meletak jawatan.

Menurut sumber, sekurang-kurangnya 93 orang maut di seluruh negara.


Protes, yang kebanyakannya dipimpin oleh pelajar, merancang untuk mengadakan perarakan panjang ke Dhaka hari ini, tetapi kerajaan mengenakan perintah berkurung tanpa had bagi menggagalkan demonstrasi itu.

Terdahulu, Hasina mengancam akan mengambil tindakan keras terhadap mereka yang melakukan keganasan atau menyebarkan anarki di negara ini.

Demonstrasi besar-besaran tercetus sejak awal Julai, pada mulanya menuntut reformasi dalam pekerjaan awam, dan kini mendesak peletakan jawatan Hasina.

Ulasan