Banjir: Khidmat Malaysia Kedah gerak bantuan
September 18, 2024
ALOR SETAR: Khidmat Malaysia Kedah mengaktifkan Bilik Gerakan (BG) untuk penyelarasan pelaporan, penerimaan arahan dan info terkini
Berikutan situasi banjir di Kedah dilihat semakin memburuk malah angka mangsa juga meningkat.
Pengarah Khidmat Malaysia Kedah yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nurul Amin Hamid memaklumkan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, di sini hari ini.
Berikutan itu katanya, Khidmat Malaysia Kedah akan mengarahkan semua kawasan yang terjejas banjir supaya membuka Bilik Operasi (BO) masing-masing dan menggerakkan semua pasukan penyelamat dan sukaralewan bencana untuk turun membantu mangsa banjir.
“Setakat ini Khidmat Malaysia Kedah telah menyelaras gerak kerja di peringkat kawasan bersama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) untuk menggerakkan sukarelawan Khidmat Malaysia ke lokasi yang terkesan untuk membantu mangsa banjir,” jelasnya.
Berikutan itu katanya, orang ramai boleh menghubungi Khidmat Malaysia Kedah di talian Hotline BG, 013-4150845 untuk sebarang maklumat serta info berkenaan banjir.
“Khidmat Malaysia Kedah juga melancarkan Tabung Dana Kecemasan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah.
“Sumbangan boleh di salurkan ke nombor akaun 552170001133 (Maybank) – Majlis Tindakan Bencana Alam BPPNK,” tambah beliau.
Sehingga jam 9:30 pagi tadi seramai 2,251 mangsa banjir melibatkan 397 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah.
Jumlah berkenaan meningkat 199 orang berbanding 2,052 mangsa pada malam tadi. – HARAKAHDAILY 18/9/2024
Ulasan
Catat Ulasan