Kedah tuan rumah Muktamar PAS tahun depan



Kedah tuan rumah Muktamar PAS tahun depan
September 15, 2024


TEMERLOH: Kedah bakal menjadi tuah rumah Muktamar Tahunan PAS ke-71, tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, hari ini.

Kata beliau, perkara itu ditawarkan sendiri oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya dan turut dipersetujui oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.


Katanya, cadangan itu juga secara rasminya diterima dan dipersetujui oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, pelawaan Kedah itu juga sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025.

Dalam pada itu, perwakilan dari PAS Perak, Ustaz Khalil Yahaya, dinobatkan sebagai pembahas terbaik pada muktamar kali ini.

Beliau menerima hadiah berupa buku Sirah Nabawiyah yang dihasilkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi yang turut menyampaikan hadiah itu. – HARAKAHDAILY 15/9/2024

Ulasan