Mangsa banjir di Kedah meningkat



Mangsa banjir di Kedah meningkat
September 18, 2024


ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat ke angka 2,251 orang setakat 9.30 pagi tadi, berbanding 2,052, malam tadi.

Menurut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bilangan itu meningkat seramai 199 orang membabitkan 397 keluarga.

Sementara itu, Daerah Pokok Sena mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu seramai 1,018 orang, diikuti Pendang (715), Kubang Pasu (301), Kulim (108), Kota Setar (55) dan Kuala Muda seramai 54 mangsa.

Jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat ini kekal di 11 lokasi, enam daerah berkenaan.

Dalam pada itu, lapan sungai di Kedah berada pada paras bahaya adalah Sungai Laka, Sungai Bata, Sungai Padang Terap dan Sungai Perik.

Termasuk Sungai Anak Bukit, Sungai Titi Kerbau dan Sungai Gurun.

Susulan daripada itu, pada bencana banjir kali ini, JKM Kedah menggunakan sistem pendaftaran baharu menggunakan kod QR bagi pendaftaran masuk dan keluar mangsa di PPS.

Langkah itu bagi memudahkan pendaftaran dan pemantauan mangsa banjir di PPS selain memastikan bantuan dapat diagihkan dengan lebih berkesan. – HARAKAHDAILY 18/9/2024

Ulasan