Tekanan Pusat terhadap 4 negeri PN perlu dimuktamad
September 6, 2024
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Pemuda Perikatan Nasional (PN), Nadzir Helmi menyarankan agar tekanan kerajaan Pusat terhadap negeri-negeri di bawah naungan PN perlu dimuktamadkan.
Kenyataan beliau itu susulan Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli yang telah merespons usaha State Government (SG4) dalam membangunkan industri unsur nadir bumi (REE) yang kini ditemui banyak di negeri yang ditadbir PAS dan PN.
Menurut beliau, had untuk menemui pelabur atau penguasaha yang tepat dalam menghasilkan hasil akhir REE perlu dimulakan dengan sistematik dan berpolisi
“Pastinya kos dalam proses membangunkan hasil nadir bumi ini tidaklah kecil, tatkala tekanan Kerajaan Pusat terhadap empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan ini perlu dimuktamadkan demi kesejahteraan bersama.
“Jika ada usaha daripada pihak kerajaan untuk mengakhiri tekanan terhadap empat negeri ini, keadilan dalam membangunkan semua negeri dalam Malaysia boleh termaktub tanpa meminggirkan mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia juga menyatakan bahawa, ini adalah persaingan membuka peluang yang sihat kepada persaingan sihat kepada ekonomi bumiputera yang rata-ratanya berada di empat negeri.
Terdahulu, Rafizi telah bersetuju dengan idea Ketua Panel Penasihat Sidang Kemuncak SG4, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) untuk menubuhkan syarikat SG4 bagi memastikan REE di empat negeri.
Walau bagaimanapun, Rafizi telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan permasalahan itu iaitu industri REE dikuasai hampir 90 peratus oleh China dan teknologi untuk memproses REE hanya dimiliki oleh syarikat-syarikat milik kerajaan negara itu China. – HARAKAHDAILY 6/9/2024
Ulasan
Catat Ulasan