Dua waris pencarum SkimPAS terima manfaat


Dua waris pencarum SkimPAS terima manfaat
October 12, 2024

Serahan replika cek telah disampaikan Tuan Guru Abdul Hadi kepada Syarifudin. (FOTO: SkimPAS/Al-Hafiz Najmuddin)

KUALA LUMPUR: Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat (LKKSPP) telah menyerahkan manfaat Skim Khairat Kematian dan Perlindungan Ahli PAS (SkimPAS) kepada dua waris arwah yang telah menghadap Ilahi pada tahun ini.

Setiausahanya, Ahmad Abdullah Sanek berkata, penyerahan replika cek bernilai RM10,000 dibuat kepada waris Pembantu Keselamatan Pejabat Agung PAS Pusat, Allahyarham Kamal Md Dali iaitu anaknya, Syarifuddin Mohd Kamal.

Seterusnya, penerima waris kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Allahyarham Nor Zamri Latiff diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff.

“Serahan replika cek itu telah disampaikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat Agung PAS Pusat, Jalan Raja Laut, Chow Kit, di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Pengerusi LKKSPP, Dr Rosni Adam; wakil Bahagian Unit Tuntutan Manfaat SkimPAS, Wan Mustapha Wan Abdul Razak; dan wakil Unit Kewangan SkimPAS, Al-Hafiz Najmuddin.Serahan kedua SkimPAS diterima oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff sebagai wakil kepada waris Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Allahyarham Nor Zamri Latiff.

SkimPAS telah diinisiatifkan oleh LKKSPP bagi tujuan menjaga kebajikan ahli selain terjamin patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah (sumbangan) dan Tabarru’ (derma).

Selain itu, orang ramai yang ingin mencarum dan mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi di talian hotline LKKSPP, 011-5897 0700 dan layari laman sesawang di https://skimpas.com/. – HARAKAHDAILY 12/10/2024

Ulasan