Tiga lelaki ditahan kerana kelakuan tak senonoh, lucah ketika acara larian
TANGKAP layar daripada video tular berhubung larian berkenaan.
Johor Bahru: Polis Johor menahan tiga lelaki yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, kelmarin.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, mereka termasuk dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan, berusia antara 39 hingga 70 tahun.
Beliau berkata, tangkapan dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di sebuah hotel di Kota Tinggi, 10 malam tadi.
Menurutnya, polis turut merampas pakaian dan aksesori yang dipercayai dipakai ketika larian terbabit.
Disyorkan
ADVERTISEMENT
Katanya, ia termasuk sari berwarna merah, skirt warna merah, tiga keping kadbod berwarna perak dan batang tombak tiruan berwarna perak.
"Hasil ujian air kencing juga mendapati kesemua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
"Siasatan awal mendapati tindakan yang dilakukan oleh ketiga-tiga suspek adalah atas kapasiti individu, dan bukan mewakili pihak penganjur atau program larian yang dianjurkan.
"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana kelakuan yang menghina dan Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Ulasan
Catat Ulasan