TAHNIAH Dr Kak Wan Martina. Semoga dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya...
----------------------------------------------
Dr Wan Martina dipilih sekali lagi ke Dewan Negara
November 21, 2024
Dr. Wan Martina Wan Yusoff
KOTA BHARU: Dr Wan Martina Wan Yusoff dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili kerajaan Kelantan bermula 21 November 2024 hingga 20 November 2027 untuk penggal kedua.
Sebelum ini beliau dipilih kerajaan negeri pada 24 Ogos 2021 dan berakhir 23 Ogos 2024 menggantikan Ustazah Asmak Husin yang berakhir pada 30 Jun 2021.
Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud mencadangkan Dr Wan Martina dipilih sekali lagi sebagai Ahli Dewan Negara pada persidangan DUN hari ini.
Cadangan itu disokong Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan dan turut mendapat sokongan Ahli-ahli Dewan.
Dr Wan Martina dilahir pada 9 November 1966 merupakan seorang pemimpin politik dan aktif dengan NGO.
Beliau juga merupakan Pengerusi Persatuan Wanita Sejahtera Kelantan (Wanis) dan Timbalan Pengerusi Misi Kembara Dakwah (MKD).
Selain itu Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri dan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Bachok.
Sementara itu Dr Wan Martina ketika ditemui merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, anggota-anggota Exco dan semua ADUN yang menyokong pemilihannya.
“Terima kasih juga kepada Speaker DUN Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Pesuruhjaya PAS Dato’ Bentara Kanan Ustz Ahmad Yakub di atas kepercayaan yang diberi untuk mewakili Kelantan penggal kedua di Dewan Negara,” katanya.
Oleh itu menurutnya beliau akan terus membawa suara rakyat dan kerajaan negeri di Dewan Negara.
“Insya-Allah, saya tidak akan mengsia-siakan kepercayaan ini dan akan bekerja untuk rakyat Kelantan dan kerajaan negeri,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/11/2024
Ulasan
Catat Ulasan