Peminjam hutang PTPTN RM32.29b


Peminjam hutang PTPTN RM32.29b
ZAMBRY Abdul Kadir semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Oleh MEDIA MULIA
13 November 2024, 7:00 am

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM32.29 bilion pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Ting­gi Nasional (PTPTN) setakat 31 Disember tahun lalu belum dibayar balik oleh 2,716,110 peminjam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, jumlah itu adalah daripada keseluruhan RM71.3 billion yang telah dipinjamkan oleh badan itu.

“Sehingga tempoh tersebut, PTPTN sudah meluluskan 3,951,404 pinjaman kepada pelajar warga Malaysia yang layak,” kata beliau dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen semalam.

Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan jumlah hutang keseluruhan yang terakru oleh pelajar di bawah pinjaman PTPTN setakat tahun lalu.

Ahli Parlimen Labis itu juga mahu mengetahui jumlah ke­s­eluruhan peminjam Melayu, Cina dan India setakat tahun 2023 dan peratusan peminjam berdasarkan kaum-kaum yang berhutang sehingga tahun 2023.M akan lebih tegas agar kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi,” kata beliau.

Menjawab soalan tersebut, Zambry berkata, 71.9 peratus atau seramai 2,842,682 peminjam terdiri daripada bumiputera manakala 1,108,722 atau 28.1 peratus pinjaman adalah dalam kalangan pelajar bukan bumiputera

Kata beliau, PTPTN tidak menetapkan kuota atau peruntukan khusus membabitkan kemudahan pinjaman PTPTN kerana kemudahan pinjaman itu terbuka kepada semua warga Malaysia yang mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta serta politeknik.

“Ia perlu memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh KPT tanpa ada kuota atau peruntukan khusus yang ditetapkan, tertakluk kepada syarat-syarat lain yang ditetapkan,” kata beliau.

Pada September lalu, Zambry dilaporkan berkata, PTPTN akan mengambil tindakan terhadap 430,000 peminjam yang tidak pernah membayar hutang membabitkan jumlah RM6 bi­lion.

Kata beliau, sikap tidak bertanggungjawab pihak terbabit mengakibatkan kedudukan kewangan PTPTN kini berada di tahap membimbangkan.

Jelas Zambry lagi, sebahagian daripada peminjam itu didapati sudah bergraduasi sejak berpuluh tahun lalu de­ngan ada di antara mereka gagal membuat pembayaran walau satu sen pun.

“Ini kategori yang tak peduli sejak hari pertama dia keluar (dari universiti), dia tak maklumkan keadaan dia, di mana dia bekerja, bagaimana dia nak (buat pembayaran semula), sepatutnya perlu bincang. Mereka tidak peduli langsung untuk bayar,” kata Zambry. _ UTUSAN

Ulasan