Penerima Rumah Budi terharu keprihatinan PAS
November 11, 2024
ROMPIN: Penerima rumah melalui program Rumah Budi 3.0 di Felda Keratong 1, Normah Kasim meluahkan rasa terharu dan penghargaan kepada PAS atas sumbangan yang diberikan itu.
Dalam satu majlis ringkas di Felda Keratong 1, Normah yang telah sekian lama mengharapkan tempat tinggal yang lebih selesa, menyatakan bahawa rumah baru itu adalah satu hadiah yang sangat bermakna bagi dirinya dan keluarganya.
“Terima kasih kepada semua penyumbang dan pihak PAS yang telah berusaha membina rumah ini. Saya sangat menghargai semua usaha yang dilakukan dan sangat terharu dengan sumbangan rumah ini sebagai tempat berteduh,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa keperluan untuk memiliki sebuah rumah yang lebih baik sudah lama dirasainya.
“Sudah lama saya memerlukan sebuah rumah sebegini untuk tempat tinggal yang lebih baik. Kini, dengan bantuan dari program ini, saya dapat memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada keluarga,” tambahnya lagi.
Program Rumah Budi 3.0 yang dijayakan oleh Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Negeri Pahang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik, terutamanya mereka yang memerlukan rumah yang lebih selesa dan selamat untuk didiami.
Projek Rumah Budi 3.0 ini telah mengambil tempoh dua tahun daripada proses mula dengan usahasama pelbagai pihak dan Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS negeri sebagai penggerak utama mencari dana bagi menjayakan projek itu.
Majlis perasmian dan penyerahan kunci petang semalam disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Ustaz Rosli Abdul Jabar yang turut dihadiri oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat, Dr Rosni Adam, Pengarah Khidmat Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Andansura Rabu, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS negeri, Rohaya Razali dan Ahli Dewan Negeri Bukit Ibam yang juga Yang Dipertua PAS Rompin, Ustaz Nazri Ahmad.
Rohaya turut menyerahkan sumbangan peralatan dapur kepada Normah pada majlis itu. – HARAKAHDAILY 11/11/2024

Ulasan
Catat Ulasan