Derbi Merseyside Everton, Liverpool tangguh



Derbi Merseyside Everton, Liverpool tangguh

07 Disember 2024 11:02pm
Masa membaca: 1 minit


Keadaan persekitaran luar Stadium Goodison Park selepas pengumuman penangguhan aksi Everton Liverpool pada Sabtu. Foto: AFP

DERBI Merseyside Everton, Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Goodison Park, ditangguhkan akibat cuaca buruk, umum The Toffees pada Sabtu.

Penangguhan aksi The Toffees bimbingan Sean Dyche melayan kunjungan The Reds seliaan Arne Slot diputuskan hasil mesyuarat pegawai kedua-dua kelab serta wakil polis Merseyside dan pihak majlis bandar raya Liverpool.

“Perlawanan hari ini terpaksa ditangguhkan disebabkan faktor keselamatan di kawasan tempatan akibat amaran tiupan angin kencang sehingga 6 pagi Ahad,” kata Toffees

Derbi Merseyside di Goodison Park merupakan perlawanan pertama saingan teratas liga Inggeris yang ditangguh kerana ribut Darragh.

Polis Merseyside sebelum itu menasihatkan penduduk mengelakkan sebarang perjalanan tidak penting sehingga keadaan cuaca kembali baik.

Sementara itu, pihak Liverpool bersimpati dengan kekecewaan penyokong-penyokong The Reds berikutan penangguhan berkenaan.

Namun jelas The Reds, keselamatan penyokong-penyokong, kakitangan dan pemain adalah keutamaan yang amat penting.

“Maklumat berkaitan tarikh yang disusun semula untuk perlawanan, termasuk tiket akan diumumkan dalam masa terdekat,”pendahulu liga Liverpool berkenaan.

Perlawanan Everton, Liverpool di Goodison Park sepatutnya aksi Derbi Merseyside terakhir kedua-dua pasukan apabila Toffees berpangkalan di situ sejak 1892 akan berpindah ke stadium baharu penghujung musim.

Ulasan