Pelancaran Kelab PAS United Kingdom



Pelancaran Kelab PAS United Kingdom
December 26, 2024

SEGALA puji bagi Allah yang mengizinkan pelancaran secara rasmi Kelab PAS United Kingdom (KPUK) pada 22 Disember 2024. Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man manakala ucaptama pimpinan disampaikan oleh Dato’ Sri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Majlis pelancaran yang disertakan dengan karnival ‘Malaysia di hatiku’ berlangsung di British Muslim Heritage Centre, Manchester dengan kehadiran lebih dari 150 orang pengunjung.

Warga Malaysia berbilang kaum dari pelbagai lokasi di United Kingdom, Republic of Ireland dan Turkiye memeriahkan suasana dengan mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan yang disusun bagi seisi keluarga, cabutan bertuah dan jualan gerai makanan Malaysia. Majlis turut diserikan dengan persembahan dari Ts Dr Mohamad Fitri Mohamad Haris dari kumpulan UNIC. Kehadiran wakil komuniti Malaysia Cheetham Hill dan ISMA UK menunjukkan sokongan kepada usaha menyatukan penduduk Malaysia di luar negara.

Untuk julung kalinya karnival ini menyediakan peluang bagi pengunjung beramah mesra dan bertukar pandangan dengan pimpinan termasuk Datuk Dr Nik Zawawi Salleh, Muhammad Ismi Mat Taib serta wakil dari Pihak Pengurusan Terengganu Institut Strategik dan Integriti.

Setinggi penghargaan buat keluarga KPUK yang terdiri daripada professional dari pelbagai bidang dalam menjayakan program ini. Semoga terus istiqamah di dalam perjuangan, menjadi tauladan dan berterusan menabur bakti.

Seeru a’la barakatillah

DR HANI’AH ABDULLAH
Alderley Park
Kelab PAS United Kingdom – HARAKAHDAILY 26/12/2024

share & sebarkan:

Ulasan