Satu lagi pesawat Jeju Air nyaris nahas



Satu lagi pesawat Jeju Air nyaris nahas
Oleh Wartawan Luar Negara
30 Disember 2024, 8:32 am

SEOUL: Sebuah pesawat Jeju Air yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Gimpo di Seoul menuju Jeju hari ini, terpaksa berpatah balik akibat masalah gear pendaratan yang tidak dikenal pasti.

Pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat di Gimpo, menurut laporan Yonhap yang memetik sumber tanpa nama.

Kejadian berlaku sehari selepas pesawat Jeju Air yang membawa 181 orang dari Thailand ke Korea Selatan terhempas, menghentam penghadang dan terbakar, menyebabkan semua kecuali dua penumpang meninggal dunia.

Pemangku Presiden Korea Selatan, Choi Sang-mok mengarahkan pemeriksaan keselamatan kecemasan terhadap sistem operasi penerbangan seluruh negara setelah kerja pemulihan nahas tersebut selesai.

Beliau turut mengisytiharkan tempoh berkabung negara selama tujuh hari sehingga 4 Januari ini.

Pegawai sedang menyiasat punca pesawat itu terhempas, termasuk sebab gear pendaratan kelihatan gagal berfungsi dan dakwaan ia dilanggar burung.- REUTERS-AFP

Ulasan