AKUILAH SAHAJA TERLEPAS PANDANG
1. Kecoh bila video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 tiada gambar masjid yang merupakan syiar yang sudah sinonim dengan negara kita yang tercinta.
2. Bila video promosi tersebut telah tersebar luas, golongan yang prihatin telah dapat mengesan ketiadaan masjid mahupun surau berbanding dengan rumah ibadat agama yang lain.
3. Bila telah mula viral, maka beberapa jawapan diberikan oleh pihak berkaitan, antaranya kerana video promosi tersebut pendek masanya dan gambar masjid sudah ada dalam video yang panjang.
4. Seperti yang boleh dijangka, jawapan yang paling selamat perlu diberikan kepada rakyat Malaysia supaya rakyat tidak marah di atas kealpaan pihak kerajaan. Maka dijawab bahawa ada lagi video panjang (kononnya...)
5. Seperti amalan biasa, sebelum video dilancarkan, tentulah ada unit/bahagian yang akan menyunting/edit dan paling penting adalah pihak yang terlibat untuk 'approve' hasil pembikinan sebelum dipaparkan.
6. Sebagai contoh; video montaj Lagu Negaraku, walaupun kerap kali dibuat yang baharu, video Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Permaisuri, Tugu Negara dan masjid serta bendera Malaysia (Jalur Gemilang) sudah tentu akan ada, tidak ditinggalkan.
7. Sebab apa? Sebab ia penting bagi menggambarkan Malaysia. Cuba bayangkan jika Lagu Negaraku tiada gambar YDPA, apa akan jadi nanti.
8. Sebab itu saya tidak rasa pelik apabila akhirnya Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing kata video promosi ini akan dibuat semula dengan lebih terperinci, kerana realitinya video promosi asal yang ditayangkan itu memang tertinggal gambar masjid.
9. Mengaku sahajalah, kesilapan telah berlaku, tidak perlu pusing-pusing mencari alasan yang akhirnya memakan diri.
10. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mesti mengambil tanggung jawab dan memohon maaf di atas kesilapan ini.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
9 Januari 2025
Ulasan
Catat Ulasan